Low Cost Hosting | Free Web Space | Dedicated Hosting | Windows Hosting | FrontPage Web Hosting | Business Hosting
cheap web hosting
Search the Web

  Tema Hari Kebangsaan 2001
     
Home Page

About Page

Photo6 Page

Custom4 Page

Custom Page

Whats New Page

Custom2 Page

 
TEMA
Tema Pada Tahun 2001 ialah KERANAMU MALAYSIA

KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 43 bagi tahun 2000 ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam
adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu
padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan
bersama (Keranamu : Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah
bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui
pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.

Logo, simbol atau lambang memainkan peranan yang penting untuk menyatakan atau menggambarkan sesuatu yang tersirat. Negara kita
sebagai contohnya menggunakan simbol Harimau Berjuang dan Bulan Bintang serta perisai sebagai logo atau lambang negara. Begitu juga
dengan negeri-negeri dalam Malaysia, masing-masing mempunyai lambang yang mempunyai makna yang tersendiri. Logo untuk perayaan
Hari Kebangsaan Malaysia ini direkacipta setiap tahun setelah Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan menetapkan tema
perayaannya.

LAGU NEGARAKU


NEGARAKU
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta


Links to Other Sites
Kementerian Penerangan